Siapakah “Chenorpreneur”

Siapakah “Chenorpreneur”

Chenorpreneur adalah panggilan bagi Usahawan-usahawan yang berdaftar di bawah syarikat CNFS Manufacturing Sdn. Bhd dimana mereka adalah pengedar sah untuk produk jenama Che'Nor. Chenorpreneur terdiri dari 3 level berbeza. 

1. Ejen

2. Mobile Stokis

3. Stokis / Distributor

Yang paling basic adalah level Ejen di mana untuk mendaftar hanya perlu membuat minima belian produk serendah 1 karton sahaja dan terus layak mendapatkan harga pukal rendah. Level ini sesuai bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan bersama Sambal Che'Nor.

Yang kedua adalah level Mobile Stokis di mana level ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada Chenorpreneur untuk meningkatkan keyakinan diri dan komitmen dalam dunia perniagaan. Lebih banyak kelebihan dan cabaran buat mereka yang berada di dalam level ini.

Yang paling tinggi adalah level Stokis di mana sebagai seorang Stokis, mereka perlu memastikan bahawa mereka mempunyai bekalan produk yang mencukupi bagi memastikan produk sentiasa berada dalam pasaran dan memastikan Ejen tidak terputus bekalan produk. 


Apakah kelebihan Ejen ?

1. Belian produk lebih murah

2. Promosi menarik sepanjang tahun

Apakah kelebihan Mobile Stokis berbanding Ejen ?

1. Belian produk pada harga lebih murah dari Ejen

2. Promosi menarik sepanjang tahun

3. Reward menarik bagi mereka yang mencapai target

4. Setiap belian produk akan menerima point dan boleh dikumpul untuk menebus pelbagai barangan samada produk Che'Nor, barangan elektrik mahupun barangan kemas serta pakej pelancongan luar negara

5. Penghantaran produk secara PERCUMA terus ke depan pintu

6. Akses terus dengan pihak pengurusan syarikat


Apakah kelebihan Stokis berbanding Ejen / Mobile Stokis ?

1. Belian produk pada harga jauh lebih murah berbanding Ejen dan Mobile Stokis

2. Mendapat akses terus dengan Founder dan pihak pengurusan syarikat.

3. Margin keuntungan yang lebih tinggi

4. Boleh menjual stok kepada Ejen & Mobile Stokis.

5. Penghantaran produk PERCUMA

6. Setiap belian produk akan menerima point dan boleh dikumpul untuk menebus pelbagai barangan samada produk Che'Nor, barangan elektrik mahupun barangan kemas serta pakej pelancongan luar negara


Related products